jari jemari menyusun rentak hidup...

January 2, 2013

JOM BERUBAH!

 Penggunaan kalimah-kalimah Allah SWT yang lain adalah :
  1. " Allahuakbar " : " Allah Maha Besar " & " SubhanAllah " : " Maha Suci Allah ". - Digunakan ketika kagum terhadap sesuatu perkara atau keadaan.
  2.  " LailahaillAllah " : " Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ". - Digunakan ketika kita terkejut dengan sesuatu keadaan atau perkara.
  3. " Astagfirullahhalazim " : " Aku memohon keampunanMu Ya Allah ". - Digunakan ketika berhadapan dengan situasi kurang baik atau tidak baik, atau ketika kita menguap.
  4. " Inalillah " : " Kepada Allah kita kembali ". - Digunakan ketika menerima berita kematian seseorang, kasakitan atau kemalangan yang menimpa. Ketika ditimpa musibah sama ada besar atau kecil. Berlaku kehilangan atau sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
  5. " Alhamdulillah " : " Segala puji bagi Allah ". - Digunakan ketika selepas sendawa, selepas bersin, ketika bangun tidur dan disebut setiap masa ketika ingin memuji Allah SWT ke atas nikmat dan rezeki yang diberi kepada kita.
  6. " Nauzubillahhi Min Zalik " : " Kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu ". - Digunakan ketika untuk memohon supaya dijauhkan oleh perkara yang tidak baik.

March 31, 2012

sharing is caring...

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa untuk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

-copy paste-

November 20, 2011

rasa yg binasa

antara dua hati, ada syara' yg membatasi.
jagalah kesucian hati, agar terjaga fi...trah insani.

"tp.. aku sungguh mencintai dia!"

tanyakan dirimu kembali, siapakah yg paling berhak dicintai..?

sesuatu yg walau tidak diungkap, diketahui Allah...

jika kau jatuh hati, lebih perlu kau dekati Allah.
jika kau jatuh hati, lebih perlu kau perpanjangkan tangis dalam tahajud.

cinta yang kukuh tak terbina dari asas yg rapuh.

November 4, 2011

random#4

dunia sekarang.......
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

subhanaallah....=(

November 3, 2011

random#3


"pokok pangkalnya....HATI!!"

mid term break = study week

assalamualaikum...

hari ni 3/11/11...last day ak p kelas b4 mid term break....its means dah start cuti la esok....patotnye ade ag kelas....tp lect ak cancel....so...HOORREEYY la to geng yg dah beli tiket balik tok mlm ni.....*selamat jalan tok kowg sume....berhati2 ea...

ak lak....still d sini...menunggu kedtgn my beloved dad...sok mlm br dye mai amek ak...its ok....xkesah pun....as soon as abah dtg amek along..haha asal jgn balik sendiri....=) *manje + gedik=p

ok! cuti dah mule...kowg sure2 happy la kan...blh berdendang....seminggu kot....wah sonok nye la....but as for me....i've a lot of work to do....sgt2 sadis....dats y la i state that
MID TERM = STUDY WEEK.....
you know y??
see...
4/11- p fac jmp lect n show my 1st draft for my FYP *mlm ni br nak karang...
5/11-otw nak balik JB from N9....
6/11-dah raya dah.....mlm plak....bz ngan family day....*sgt suke....xsbr rasanye...
7-11/11-pdi2 la curi mase tok wat :
1)proposal FYP
2)expose and dialog for french
3)risk management project*weh...xamek ag infomation beb...
4)study french...
5)study evt
6)study risk
7)assignment evt

*blh ke x ak manage mase ni.....blh tahan byk juga....

12/11-may be p singapore...ade birthday party kat umah untie...
13/11-come back to shah alam.....

huh......ble da hbs dah cuti...berperang ngan test and assignment plak.....
siyes...kali ni.....sumpah....ak betol2 teliti dah dah ni atur jadual....

14/11-final french
15/11-evt test 1
16/11-submit FYP chapter 1-3
17/11-free ag takat ni
18/11-test risk
19/11-maybe dinner FPA
20/11-dinner MEC *ak xwat ak keje ak.....sorry ea...=)

wah,......now baru ak ase mcm mane jd MAHASISWA!!!=) bestnye...............

k la.....ak mau menelaah journal meyh....

October 25, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita......hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)